Sunday, November 23, 2014

Perginya ayahku yang tercinta..

Ingat nak update blog lepas habis spm, tapi rasanya ianya perlu untuk aku update sekarang jugak.. untuk aku inform sesuatu. Bolehlah yang baca post ni sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah ayahku (Aku panggil arwah dengan panggilan baba) yang tercinta, Badrul Hisham bin Azizah.

Baba aku meninggal dunia pada hari Jumaat, 14 November 2014.

Jujurlah aku cakap.. memang tak disangka-sangka, secara mengejut.. Yela, kita tak tahu bila tibanya ajal kita kan.
Apabila arwah baba aku lakukan perkara yg ganjil ke apa ke, aku tak perasan dan tak fikir pun yang ajalnya menghampiri.. yang terlintas di fikiran aku cuma,


Apabila arwah baba cakap kat aku (arwah tak marah)..

ayat arwah bunyinya lebih kurang,
"Kakak ni umur nak masuk 20 tahun dah.. tapi tak pandai lagi urus diri"

Dalam hati aku tafsir.. "kakak you're going to be 20. Baba akan lepaskan kakak"


Apabila arwah tiba-tiba masuk ke dalam bilik aku dan tanya, (malam sebelum meninggal)

"Esok periksa pukul berapa?"

Lepas tu aku jawablah. Aku tanya kenapa.. he said nothing.
Tapi memang timbul lah tanda tanya. Selalunya kalau soalan yang macam tu, arwah tanya dalam kereta ke atau time bersantai sama-sama ke.. but the way he came to my room that night, like he wanted to talk to me. Baba :'( I miss you..
Orang rasa sangat terkilan dengan diri sendiri sebab didn't spend much time with you on the last day you're at this house, but I slept alot. Memang tidur banyak sangat.... :'(


Memang baaaanyak sangat aku tidur sampai aku rasa terkilan dengan diri sendiri sebab didn't talk much to him and tak tatap wajah arwah banyak-banyak.
Even dalam waktu maghrib tu pun aku tiba-tiba mengidam nak makan sesuatu, tapi I didnt tell him myself. Tapi adik yg bagitau. :'((( kenapa ya aku jadi tak cakap banyak sangat dengan arwah on that day.
And respon arwah, arwah tak marah.. arwah macam cuba untuk penuhi permintaan aku.

Tapi keinginan aku waktu itu tak kesampaian dan aku tak kisah pun. dalam waktu isyak, kitaorang ke hospital sebab baba sakit perut, muntah darah.
Terus bergegas ke hospital. I thought akan jadi macam yg sebelum ni juga.. operate, duk dalam wad seminggu, lepas tu... balik.
Tapi kali ni tak.

Memang dah sampai waktu arwah kembali kepada Pencipta.


Al-Fatihah.

**********************************************

Oh my beloved father,
Everyone loves you, baba.. but Allah loves you more.


Moga dapat jumpa arwah di syurga nanti. Amiin.

No comments: